Proses IVF di Malaysia Pada Kos Yang Berpatutan

Posted by admin on
Different stages of an IVF treatment | Apollo Cradle

IVF atau persenyawaan in vitro ialah rawatan kesuburan yang amat efektif untuk menolong wanita dalam usaha untuk hamil. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai kekangan yang menghalang ramai pasangan untuk menjalani rawatan IVF.

Antara kekangan yang menghalang pasangan untuk menjalani rawatan IVF tersebut adalah harga IVF di Malaysia yang tinggi serta usia pasangan. Ramai pasangan yang pernah menemui kegagalan rawatan kesuburan rasa bahawa mereka sudah tiada harapan. Mereka juga rasa bahawa kos untuk menjalani rawatan sekali lagi adalah amat membimbangkan dan membebankan.

Kos Mengurangkan Akses Proses IVF

Bagi pasangan yang mengalami masalah kemandulan, biasanya mereka akan mencari penyelesaian untuk masalah dan mereka akan selalu dengar tentang istilah IVF. Tentulah mereka akan bertanya-tanya apa itu IVF pada peringkat awal dalam penyelidikan mereka tentang kaedah rawatan kesuburan yang sesuai.

Selepas pasangan mendengar kos yang perlu dibayar untuk rawatan IVF mencecah puluhan ribu ringgit, mereka akan merasa bahawa ia amat tinggi dan memerlukan masa untuk mengumpul duit sebanyak itu. Ini juga menyebabkan ramai pasangan untuk menangguhkan pengalaman IVF atau tidak mampu menjalani rawatan tersebut. Hal ini juga akan mengurangkan kebarangkalian untuk pasangan mengalami proses IVF berjaya kerana penangguhan kerap kali mengambil masa yang lama.

Autism Is Too Expensive. Finding quality care, and securing a… | by Brian  Theobald | Invisible Illness | Apr, 2021 | Medium

Tanpa disedari tahun bersilir ganti, umur pasangan wanita juga akan meningkat dan akan mempengaruhi kadar kejayaan rawatan IVF tersebut. Terdapat kajian yang telah menunjukkan dan membuktikan bahawa umur atau usia pasangan wanita merupakan faktor utama dan paling penting dalam menentukan kadar kejayaan rawatan IVF.

Kadar kejayaan rawatan IVF diramalkan akan menurun dengan mendadak selepas wanita berumur 35 tahun. Oleh itu, pasangan perlulah membuat keputusan secepat mungkinnya supaya meningkatkan kadar kejayaan rawatan IVF tersebut.

Cara Mencapai Kos Berpatutan Untuk Proses IVF

Kos IVF yang berpatutan bertujuan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pasangan yang memerlukannya untuk mendapat rawatan IVF tersebut. Persoalan yang sering ditanya adalah bagaimana caranya untuk mencapai kos rawatan IVF yang berpatutan?

Persoalan ini sudah lama diperdebatkan. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh klinik rawatan kesuburan dan para pakar serta doktor di negara. Oleh itu, harga rawatan IVF yang praktikal, unggul dan mudah diakses sudah pasti diperlukan dalam zaman ini di mana masalah kesuburan semakin meningkat.

Beberapa program telah dijalankan bagi memberi peluang untuk pasangan-pasangan Malaysia untuk menjalani rawatan IVF pada kos yang berpatutan. Salah satu cara dan tips IVF untuk mengurangkan kos rawatan IVF adalah untuk mengurangkan kos ubat-ubatan yang digunakan semasa proses IVF.

Terdapat satu proses yang dikenalkan sebagai IVF ‘low intensity’ yang menggunakan regimen yang amat khusus di mana penggunaan ubat-ubatan rangsangan untuk ovari diggunakan dalam bentuk suntikan. Oleh itu, pembentukan nombor telur yang dapat dikutip semasa kitaran haid adalah dalam kuantiti yang kecil tetapi lebih berkualiti elok.

Kos rawatan IVF juga boleh dikurangkan melalui pemantauan imbasan yang lebih kurang intensif dan juga pengambilan ujian-ujian darah. Di samping satu regimen yang lebih ringkas, IVF yang ‘low intensity’ juga mempunyai kesan sampingan dari ubat-ubatan yang lebih berkurangan berbanding dengan cara rawatan IVF konvensional.

Risiko untuk mendapat sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS) di mana ovari bertindak balas secara keterlaluan terhadap ubat-ubatan tidak sama seperti cara konvensional. Oleh itu, regimen ini juga dikatakan sebagai lebih ramah untuk pesakit. Persoalannya, adakah regimen IVF yang ‘low intensity’ ini mempunyai kadar kejayaan yang lebih tinggi? Sesetengah klinik rawatan kesuburan mengesyorkan regimen IVF ini kepada pesakit yang lebih berumur.

Mereka berasa bahawa regimen tersebut adalah lebih sesuai, mudah dan mempunyai kadar kejayaan IVF yang lebih bagus. Terdapat juga kemungkinan bahawa peratus kejayaan adalah jauh lebih baik dalam golongan wanita yang lebih muda.